Friday, 2 December 2011

Jenis Bunga Semusim



BUNGA MATAHARI (Helianthus annuus)



Pengelasan saintifik
Alam:Tumbuhan
Kelas:Magnoliopsida
Order:Asterales
Keluarga:Asteraceae
Genus:Helianthus
Spesies:H. annuus
Nama binomial
Helianthus annuus
L.

     


Tumbuhan  semusim ini,  berasal dari Amerika Tropik bahagian utara . Bertinggian antara 3m hingga 5m . Daunnya tunggal  dan lebar. Batang biasanya ditumbuhi rambut kasar, tegak, jarang-jarang dan bercabang. Bunganya tersusun cantik . Terdapat dua jenis bunga matahari iaitu bunga tepi atau bunga lidah yang membawa satu kelopak besar berwarna kuning cerah , dan bunga tabung yang fertil dan menghasilkan biji. Bunga tabung ini jumlahnya boleh mencecah 2000 kuntum dalam satu-satu bunga. Pembiakan terbuka (silang) dan dibantu oleh serangga. Pada hari yang cerah, tandan bunga  mengikuti pergerakan harian matahari (asal nama tumbuhan ini), yang gejalanya disebut heliotropisme. Tumbuhan mendapat keuntungan 10% lebih fotosintisis kerana pergerakan ini.




BUNGA BUTANG UNGU (Gomphrena Globosa)



Pokok Butang Ungu
260px
Pengelasan saintifik
Alam:Tumbuhan
Divisi:Magnoliophyta
Kelas:Magnoliopsida
Order:Caryophyllales
Famili:Amaranthaceace
Genus:Gompherena
Spesies:G. globosa




Nama Tempatan:Bunga butang ungu
Nama Saintifik:Gomphrena Globosa
Nama Lain:Bunga empat puluh hari, globe amaranth
Famili:Amaranthanceae
Lokasi dijumpai:Taman Hiasan
Asal:India 

Bunga ini merupakan antara bunga kegemaran kerana warnanya yang terang dan bunganya yang banyak. Ia berasal dari India dan tergolong dalam keluarga bayam.Ia sesuai ditanam didalam pasu dan juga ditanam sebagai tanaman atas batas. Pembiakannya melalui biji benih dan ia selalunya akan  berbunga selepas 40 hari ditanam menyebabkan ia juga dipanggil bunga 40 hari disesetengah tempat.




BUNGA BALUNG AYAM (Celosia cristata)





Pokok bunga balung ayam merupakan tumbuhan hiasan jenis berbunga yang berasal dari Brazil. Terdapat berbagai variasi pokok bunga balung yang boleh dibezakan melalui saiz pokok dan warna bunga. Pokok ini berketinggian sehingga 1.2 meter. Pokok bunga balung ayam berbatang yang licin dan mempunyai beberapa cabang. Daunnya berbentuk bujur dan tersusun bertentangan pada batangnya. Biji benih bunga ini terletak di bahagian bawah atau pangkal bunga dan ia berwarna coklat atau hitam.

Selain ditanam sebagai pokok hiasan, pokok bunga balung ayam juga mepunyai khasiat dalam perubatan tradisional. Ranting atau dahan pokok balung ayam yang ditumbuk lumat boleh digunakan untuk merawat bisul, bengkak dan luka dengan menampalnya pada tempat berkenaan. Air rebusan ranting dan bunga yang dikeringkan boleh diminum sebagai rawatan batuk berdarah, keputihan, batuk dan buasir. Untuk merawat jangkitan saluran kencing, disenteri, batuk dan darah haid yang berlebihan, seluruhy bahagian pokok direbus dan diminum airnya.

Ada  juga yang mengatakan pokok balung ayam dapat melawaskan pembuangan air besar dan air kecil. ia juga dikatakan baik untuk tenaga batin tetapi tiada sebarang kajian dibuat mengenainya.

No comments:

Post a Comment